shoutbOx

27 December 2011

Bermalam di Katil Lelaki


Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu tempat yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru-guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Dalam ramai-ramai itu, terdapat seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedarinya, dia dah ditinggalkan oleh rakan-rakan yang mula bertolak balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal itu muai cemas…dia menjerit sekuat hati memanggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

Lalu dia bertekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Cikgu itu mulai letih dan menangis panggil mak ayah.

Dalam dia sedang mencari jalan keluar, dia ternampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. Lalu dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: 

'siapa kamu? '

Jawablah cikgu tadi;

'Saya tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.'

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kasihan, lelaki itu menyuruh cikgu tadi bermalam di pondok itu sementara menunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu itu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia dengan kain gebar menahan menangis dek kerana takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu menutup buku yang dibacanya dan menghampiri lilin yang menyala dan lalu membakar jarinya satu persatu.

Cikgu tadi semakin bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. dia mengigil ketakutan..dan kedua-dua mereka tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu pulang ke rumah orang tuanya.

Bila sudah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kepadaibu dan bapanya. Bapa cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab melihat keadaan anak dia yang pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

Si lelaki itu pun bercerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu-ribu tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..

wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...