shoutbOx

24 December 2011

: Dua Pengorbanan Mata

Daripada Ibni Abbas katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
'Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, iaitu mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaya mengawal pada jalan Allah'
Dalam hadis ini, Rasulullah menyatakan dua pengorbanan mata yang mempunyai kelebihan tersendiri iaitu:
  • mata yang menangis berlinangan semata- mata kerana takut kepada Allah.
  • mata yang berjaga malam mengawal dalam perjuangan meninggikan Islam.
Sehingga api neraka yang panas bernyala-nyala itu padam dan tidak membakarnya lagi. Dari itu marilah kitasama-sama bertakwalah kepada Allah dan tangisilah segala kesilapan yang lalu. Berjuanglah pada jalan-Nya dan berhati- hatilah mengawal agama dari ancaman musuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...