Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa rusa itu keluar dari kawasan kurungannya lagi. Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku setiap kali beliau mendapat laporan tentang rusa yang suka keluar dari kawasan kurungannya itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan rusa itu.
Esoknya rusa itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas rusa itu dimasukkan kembali ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". rusa itu menjawab, "Mungkin sehingga beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".
No comments:
Post a Comment