shoutbOx

25 December 2011

Syaitan Menolong Orang Ke Masjid

Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid dan untuk mempermudahkan dirinya untuk ke masjid, satu tali telah dibuat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Namun di antara rumahnya dan masjid  itu ada satu lubang yang berair.

Suatu hari, dia terjatuh ke dalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju.

Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.

Beliau bertanya kepada orang tersebut,

'siapakah geranganmu wahai orang muda?'

Orang itu menjawab,

'Aku adalah syaitan'

Orang buta itu terkejut lalu bertanya, 

'kenapa kau menolongku dari jatuh ke dalam lubang tersebut?'

Syaitan menjawab,

'Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu '
Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.

wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...