shoutbOx

06 December 2011

: Ummi, Ajari ku Solat :

Di bawah terdapat beberapa tips untuk para ummi mendidik anak-anak untuk bersolat.

  • Uruskan semua kerja sebelum azan supaya dapat dirikan solat tepat pada waktu. Jika tidak selesai, berhenti seketika agar dapat tunaikan segera.
  • Duduk di atas sejadah siap dengan telekung (jika tidak guna telekung, guna pakaian kebiasaan solat) ketika masuk waktu solat jika masih uzur.
  • Jika si suami menyuruh mengerjakan solat, elakkan dari menyebut “tunggu sebentar.” kerana dikhuatiri akan diikuti tingkah laku itu oleh anak-anak. (reLated article)
  • Mula mengajak anak solat bersama pada usia 7 tahun. Rasulullah s.a.w pernah berrsabda "Ajarkanlah anak-anakmu solat ketika berumur 7 tahun..."
  • Baca hadith tentang kelebihan solat sekurang-kurangnya sekali sehari dan mungkin boleh dibaca selepas solat.
  • Sentiasa cerita kepada anak tentang kepentingan mengerjakan solat.
  • Setiap kali ingin mulakan perbualan dengan anak, elok juga solat adalah perkara pertama yang ditanya.
  • Puji dan cium anak setiap kali mereka selesai mengerjakan solat.
  • Tukarkan tabiat membaca kisah-kisah dongeng sebelum tidur kepada membaca kisah-kisah sahabat atau para anbiya.
  • Rotan jika masih tidak solat pada usia 10 tahun. (sekadar untuk peringatan, bukan hingga tahap cedera)

3 tips pertama seeloknya diamalkan ketika anak masih bayi lagi agar mereka akan anggap solat satu perkara yang sangat penting. Wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...