- Melapangkan masa@belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu@mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca surah Al Ikhlas hingga akhir 1 ribu kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
- Sembahyang sunat 4 rakaat – 2 salam (2 rakaat x 2). Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura dua rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah dibaca surah Al-Ikhlas 15x
- Membaca “Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
- Menjamu orang berbuka puasa. Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
- Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
06 December 2011
: Perkara Sunat 10 Muharram :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment