Click to Enlarge |
Ini mungkin juga kerana ia agak tabu untuk dibincangkan di antara ibu dan anak dan biasanya disampaikan oleh bidan bidan urut kepada ibu ibu selepas melahirkan anak. Dikalangan orang orang barat, senaman ini dikenali sebagai Senaman Kegel yang telah di perkenalkan oleh seorang doktor yang bernama Dr Arnold Kegel.
Otot pelvis terdiri daripada beberapa otot yang boleh menggerakkan bahagian punggung dan pangkal kaki. Otot ini menampung bahagian peranakan (uterus), pundi kencing (bladder) dan amat jarang diberi perhatian selain sesekali berurut atau bersengkak. Di dalam kumpulan otot ini lah terletaknya bahagian sulit wanita iaitu otot vigina. Kebanyakan wanita diluar sana menanggung beban masalah ini secara senyap dan malu untuk meluahkannya kerana ia agak peribadi. Akan tetapi jika diabaikan, ia akan memberi impak yang berat dalam kehidupan seharian. Melahirkan anak, obesiti (terlebih gemuk), keturunan dan proses penuaan adalah diantara penyebab utama otot vigina ini kendur dan lemah.
Bagaimanakah caranya untuk kite ketahui bahawa otot pelvic kita lemah. Pernahkah anda mengalami terkencing ketika bersin atau batok? Perkara ini kadang kadang menjadi terlalu buruk sehinggakan anda terpaksa menggunakan panty liner. Ia akan menjadi semakin teruk jika anda tidak mengambil apa apa tindakan untuk memulihkan semula. Ini boleh merimaskan kehidupan seharian anda. Jika anda mengalami masalah sebegini, anda mulakan lah senaman kegel secepat yang mungkin.
Bagaimanakah cara untuk melakukan senaman ini?

Pertama sekali, cuba kita kenalpasti otot mana yang dimaksudkan. Caranya ialah dengan mengemut otot seperti anda menahan kencing. Pastikan anda kemut otot yang tepat dan bukan otot anus. Ingat! jangan lakukan kemutan ini semasa anda terasa mahu kencing. Lakukan semasa pundi kencing anda kosong. Kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring. Pastikan anda fokus pada otot yang berkenaan sahaja. Ramai yang tersilap dengan mengemutkan otot punggung atau perut. Ini tidak akan memberi apa apa kesan.
Bila anda sudah selesa, cuba tahankan kemutan selama lebih kurang 8 hingga 10 saat dan lepaskan dengan perlahan lahan. Pastikan anda bernafas seperti biasa semasa melakukkan kemutan. Ulang sebanyak 4 kali. Di sarankan anda melakukan senaman mudah ini sekurang kurangnya sebanyak tiga kali sehari.

Bila anda sudah lebih selesa, lakukan sekerap yang mampu, lebih kerap lebih baik. Biasanya dalam tidak sampai tiga bulan anda akan merasakan keberkesanan senaman ini.
Senaman ini boleh dilakukan semasa anda sedang memandu, melakukan kerja rumah, melakukan kerja di pejabat atau dimana mana sahaja. Paling penting melakukannya pada otot yang khusus itu sahaja.
Senaman ini juga sesuai dilakukan sewaktu hamil kerana ia boleh menguatkan lagi otot pelvis. Selain menggelakkan penyakit 'terkencing' atau dalam bahasa inggeris nya 'incontinence' , senaman ini juga boleh meningkatkan lagi kenikmatan perhubungan sexual suami isteri lebih lebih lagi bagi para isteri yang agak payah untuk mencapai nikmat seks. (orgasm)
p/s: Di fahamkan, lelaki juga boleh mengamalkan senaman ini untuk menambah kenimatan hubungan seksual apabila berumahtangga nanti.
No comments:
Post a Comment