Tuntutan mendapat makanan yang halal sewajibnya menjadi salah satu tumpuan penting setiap individu muslim di seluruh dunia kerana ia merupakan salah satu perintah dari Allah SWT melalui Rasul-Nya.
Pemakanan yang halal merupakan salah satu ciri utama dalam pembentukan fizikal yang sihat khususnya bagi perkembangan minda serta hati manusia.
Pengetahuan yang tepat dan jelas mengenai kaedah-kaedah penyembelihan yang mengikut lunas-lunas syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor-faktor kesihatan.
MAKSUD SEMBELIHAN
Kamus Dewan Bahasa : Sembelih itu membawa maksud memotong leher binatang hingga putus marihnya
Istilah Syara’ : Sembelihan ialah satu perbuatan menghilangkan nyawa binatang darat yang halal dimakan dengan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang supaya halal dimakan dengan syarat-syarat tertentu.
HUKUM SEMBELIHAN
Hukum sembelihan adalah WAJIB supaya binatang itu halal dimakan.
Manakala binatang yang disembelih tidak mengikut hukum Syara’ ia diistilahkan sebagai bangkai dan najis serta HARAM dimakan.
DALIL SEMBELIHAN
Firman Allah SWT : “ makanlah dari apa-apa yang disebut nama Allah atasnya, jika kamu benar-benar beriman kepada ayat-ayat-Nya” Al-Anam:18
Firman Allah SWT : “dan janganlah kamu makan dari apa-apa yang tidak disebut nama Allah atasnya, kerana ia satu kedurhakaan”. Al-Anam : 121
Sabda Rasulullah SAW : “ sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu jika kamu membunuh, perbaikanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokanlah cara penyembelihanya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah peyembelihan itu”.
RUKUN SEMBELIHAN
A ) PENYEMBELIH :
1. ISLAM samada lelaki atau perempuan (makruh) atau kanak-kanak yang mumayiz
2. AHLI KITAB Yahudi atau Nasrani.
3. BERAKAL – Berfikiran waras.
4. Tidak dalam Ihram Haji.
B ) BINATANG YANG DISEMBELIH.
1. Haiwan yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudarat
kepada orang yang memakanya seperti ayam, itik, lembu, kambing dan sebagainya.
2. Haiwan masih hidup ketika disembelih.
C ) ALAT PENYEMBELIH
1. Alat yang tajam, boleh melukakan dan mengalirkan darah binatang tersebut
seperti pisau, parang dan sebagainya.
2. Alat itu tidak diperbuat dari gigi, tulang atau kuku.
D ) TEMPAT YANG DISEMBELIH
1. Memutuskan HALKUM : trakea (tempat saluran pernafasan) dan urat MARIH : esophagus (saluran makanan dan minuman) serta kedua-dua urat leher bagi binatang yang mudah diselenggarakan.
2. Manakala bagi binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti buruan dan dalam keadaan darurah ia boleh disembelih pada mana-mana bahagian anggotanya untuk mematikanya dengan syarat niat menyembelih.
SYARAT SAH PENYEMBELIHAN
1. Sembelihan wajib dilakukan oleh orang islam.
2. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah.
3. Binatang itu masih hidup ketika disembelih.
4. Binatang itu adalah dari jenis yang halal dimakan.
5. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang.
6. Putus halkum dan urat marih dengan sebab sembelihan.
7. Mati dengan sekali sembelihan.
8. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.
9. Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat)
PERKARA-PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN
1. Membaca “ Bismillahiraohmanirohim”
2. Menghadapkan binatang kearah kiblat.
3. Membaca Selawat ke atas Nabi.
4. Memutuskan dua urat cari kiri dan kanan supaya cepat mati.
5. Menggunakan pisau yang tajam.
6. Binatang itu dibaringkan ke atas rusuk kiri.
7. Melakukan penyembelihan dengan segera.
8. bersih & suci dari hadas kecil / besar.
MAKRUH SEMBELIHAN
1. Mengasah pisau di hadapan haiwan yang akan disembelih.
2. menyembelih hingga terputus kepala (saraf tunjang)
3. sembelihan dilakukan oleh perempuan.
4. Sembelihan dilakukan oleh orang fasik
5. Berhadas besar semasa menyembelih.
6. Menyiksa haiwan yang akan disembelih.(Haram jika berlebihan)
7. Alat penyembelih yang tumpul.
8. Tidak mencuci alat sembelihan terlebih dahulu sebelum sembelihan
seterusnya.
HIKMAH PENYEMBELIHAN HALAL
a. Membezakan di antara orang islam & orang kafir dalam perkara
mematikan haiwan.
b. Membezakan daging yang Halal & Haram dimakan oleh orang islam.
c. Supaya darah cepat mengalir keluar.
d. Sebagai memohon keizinan Allah s.w.t. kerana haiwan & manusia adalah
makhlukNya yang bernyawa.
BAHAGIAN SEMBELIHAN
Ia terbahagi kepada dua bahagian :
i. Binatang yang mudah disembelih.
ii. Binatang yang sukar untuk disembelih.
MENYEMBELIH HAIWAN YANG MUDAH DISELENGGARA.
Bagi haiwan ternakan seperti lembu dan kerbau atau yang seumpamanya yang mudah direbahkan maka hendaklah disembelih pada lehernya dengan memutuskan halqum dan marihnya serta urat-urat kecil yang berada dikiri dan kanan lehernya dengan menyembelih serong kekepalanya agar haiwan itu segera matinya.
Manakala bagi haiwan ternakan yang berleher panjang ia hendaklah disembelih di pangkal lehernya untuk mempercepatkan mati seperti unta, itik dan kasawari dan sebagainya.
SYARAT PENYEMBELIHAN YANG MUDAH DISEMBELIH.
i. Memutuskan semua bahagian HALQUM (saluran pernafasan)
ii. Memutuskan semua bahagian MARIH (saluran pemakanan)
CARA MEMUTUSKAN HALQUM DAN MARIH
1. Memulakan sembelihan dengan melukakan dibahagian leher haiwan iaitu berukuran satu inici dari buah halkum ( buku kerongkong ) sebelah bawah atau atas ( dapat dirasa melalui sentuhan tangan )dengan syarat ada tinggal daripada saluran bulat halkum yang berhubung dengan umbi leher.
2. Sekiranya tidak tinggal saluran bulat halkum tersebut maka ia TIDAK HALAL sembelihan itu dan ia tidak diistilahkan sebagai menyembelih dan HARAM dagingnya.
3. Mula menyembelih leher haiwan tersebut dengan menarik pisau dari sebelah bawah ke bahagian atas leher agar darah yang terpancut tidak menyembur keatas. Penyembelihan seperti ini diyakini akan terus memutuskan saluran HALKUM dan urat MARIH kerana kedudukan keduanya adalah berkembar.
SYARAT MEMUTUSKAN HALQUM DAN MARIH
Disyaratkan memutuskan halqum dan marih dengan sekali sembelihan sahaja iaitu sempurna sembelihan dengan memutuskan semua bahagian saluran halqum dan marih serta urat CARI yang terletak disebelah kanan dan kiri leher haiwan dengan sekali sembelihan sahaja
Jika sembelihan itu tidak memutuskan salah satu dari keduanya tetapi haiwan masih lagi mempunyai HAYAT MUSTAQIRRAH, maka hendaklah diulangi sembelihan itu dengan secepat mungkin dan HALALlah sembelihan tersebut.
Tetapi jika diulangi sembelihan pada bahagian saluran halqum atau urat marih yang tidak putus itu sampai kepada HARAKAT MAZBUH lalu ia diteruskan juga sembelihan tersebut maka HARAM dimakan daging sembelihan tersebut.
MAKNA SEKALI SEMBELIHAN
Sekiranya didapati sembelihan yang dilakukan tidak memutuskan mana-mana bahagian halqum dan marih dengan sempurna sedangkan haiwan tersebut masih lagi ada HAYAT MUSTAQIRRAHnya, maka dengan segera hendaklah diulangi sembelihan itu jika :
a. Diangkat atau terangkat pisau dan dikembalikan semula dengan segera kerana ia menyangka urat keduanya telah putus.
b. Menukar pisau yang tumpul atau diganti dengan pisau yang tajam.
c. Pisau lucut atau terlepas dan gugur dari genggaman tangan dengan diambil semula pisau tersebut atau diganti dengan pisau yang lain.
d. Dipalingkan mata pisau yang tumpul kepada mata yang tajam.
HALAL sembelihan yang diulangi penyembelihan dari masala-masalah seperti diatas dengan syarat ada HAYAT MUSTAQIRRAH pada akhir ulangan sembelihan tersebut walaupun ia diulangi berkali-kali sembelihan dengan tidak panjang atau terlalu lama tempoh perceraian masa gerakan ulangan itu.
Ia tetap dikira sebagai sekali sembelihan jua. Sekiranya yang tertinggal atau yang tidak putus itu hanya sekadar halus kulit bawang dan tidak perlu kepada ulangan sembelihan.
MAKSUD DAN TANDA-TANDA HAYAT MUSTAQIRRAH
Hayat Mustaqirrah ialah haiwan tersebut masih kuat bertenaga samada selepas disembelih, dilanggar kenderaan atau dibaham oleh binatang buas dengan keadaan fizikalnya nyata kuat dengan pergerakkanya bertenaga serta darahnya masih lagi memancut dan mengalir dengan kuat.
Tandanya boleh dilihat dengan :
1. Pancutan atau aliran darahnya masih kuat memancut dan mengalir atau
2. Pergerakan fizikal atau haiwan itu masih lagi kuat menggelepar dan bertenaga.
MAKSUD DAN TANDA-TANDA HARAKAT MAZBUH
1. Harakat Mazbuh ialah menafikan sifat-sifat dan syarat-syarat pada Hayat Mustaqirrah serta haiwan itu sudah kelihatan lemah dan seolah-olah sudah mati namun masih lagi kedengaran dengusnanya.
2. Jika haiwan yang berada dalam keadaan Harakat Mazbuh ini dengan sebab sakit, keletihan atau dalam keadaan kelaparan HALAL dimakan walaupun tidak kuat pancutan darahnya atau darahnya yang mengalir lesu dan tidak bermaya serta tidak bertenaga ketika ia disembelih.
3. Bagi haiwan yang dicederakan atau dibaham oleh binatang buas atau haiwan yang dilanggar / terlanggar oleh kenderaan atau haiwan yang termakan makanan yang beracun yang memudaratkan haiwan tersebut ia disyaratkan ada Hayat Mustaqirrah ketika mula hendak menyembelih haiwan-haiwan yang berada dalam keadaan diatas. Pastikan haiwan itu mati dengan sebab sembelihan dan bukan kerana yang lain.
Bagi memastikan haiwan yang disembelih itu matinya kerana sembelihan sila pastikan seperti :
1. Selepas haiwan itu disembelih ia masih lagi menggelupur / menggelepar .
2. Darahnya nyata mengalir dan memancut.
3. Matinya tidak terlalu cepat selepas ia disembelih. Bagi haiwan ternakan seperti lembu kerbau kambing dan lain-lain tempoh kematianya selepas disembelih memakan masa sekitar 3 – 5 minit dan keatas dan bagi ayam pula melebihi 1 minit.
4. Bagi haiwan yang terlalu lama tempoh kematianya selepas disembelih iaitu melebihi kadar normal diatas mungkin disebabkan oleh dua perkara iaitu:
i. Jarak luka sembelihan dengan badanya atau
ii. Ada urat yang tidak putus
5. Bagi ayam atau burung atau haiwan lain apabila selepas disembelih ia terbang atau hilang dan apabila ia dijumpai ia sudah mati maka matinya itu meragukan serta HARAM dimakan dagingnya kerana dibimbangi ia mati bukan serana sembelihan tadi tetapi matinya kerana yang lain seperti tersandung dan patah lehernya dll.
CARA MENYEMBELIH BINATANG YANG SUKAR DISEMBELIH PADA LEHERNYA
1. Dilukakan yang mematikan pada ketika itu jua dengan kadar segera seperti binatang buruan atau seperti unta,lembu, kerbau, kambing dan sebagainya yang terlepas lari atau yang sukar menangkapnya kembali atau sudah menjadi liar dan ganas pada ketika. Jika dibiarkan seketika, mungkin ia kembali jinak dan berkuasa menyembelihnya sekalipun atau jika dibiarkan dibimbangi akan dicuri orang atau terus hilang maka HALAL binatang itu disembelih dengan cara melukakan pada mana-mana bahagian dengan sesuatu alat yang tajam seperti busur panah, pisau , pedang , lembing dan sebagainya kecuali yang berasaskan dari kuku dan tulang atau dilukakan dengan anjing perburuan.
2. Jika mudah untuk menangkap kembali binatang yang terlepas itu atau binatang buruan dengan dikejar atau diperangkap oleh anjing perburuan atau secara tangkapan ramai maka diistilahkan sebagai berkuasa untuk menyembelih dan TIDAK HALAL melainkan dengan menyembelihnya jua.
3. Jika binatang itu terjatuh kedalam telaga atau lubang atau seumpamanya dan tidak boleh disembelih pada lehernya seperti kerana kepalanya terperosok kedalam lubang, maka HALAL dilukakan pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya dengan niat menyembelih.
4. Jika dilontar sesuatu yang tajam atau ditetak dengan pedang atau parang dan terputus dua anggota tubuhnya, HALAL kedua-duanya untuk dimakan kerana ia diistilahkan sebagai luka yang menyegerakan mati dengan niat menyembelih. Sekiranya ia tidak mati pada ketika itu dan boleh disembelih serta tidak dilakukan penyembelihan maka TIDAK HALAL ia untuk dimakan. Jika terpotong dua anggota badan binatang itu dengan luka yang menyegerakan mati kemudian disembelih lagi pada lehernya maka HARAM anggota tersebut dan HALAL pada bahagian badanya kerana anggota itu terpotong daripada bahagian binatang yang masih hidup lagi.
CARA UNTUK MEREBAHKAN LEMBU,KERBAU DAN UNTA.
1. Pendekkan tali kepada sekadar satu kaki sahaja.
2. Tambat atau ikat pada tiang atau batang pokok setinggi satu kaki dari lantai.
3. Dapatkan atau ikat kaki belakang sebelah kiri kemudian tarik menghala ke utara dan haiwan itu akan rebah dirusuk kirinya serta mengarah kearah Qiblat dan dipegang kuat beramai-ramai atau diikat pada tiang atau pokok dan sebagainya.
4. Ikat kaki hadapan sebelah kanan ( jika perlu ) dan ditarik mengarak ke utara juga, pada kedudukan ini kaki lembu itu dalam keadaan berselang dan dipegang kuat beramai-ramai atau diikat pada tiang atau pokok dan sebagainya.
5. Lakukan sembelihan dengan segera.
TUJUAN SEMBELIHAN
1. Pemotongan saluran pernafasan dan pembuluh-pembuluh darah ini menyebabkan darah terus memancut keluar serta menurunkan tekanan darah secara mengejut di samping menjadikan sistem otak terputus dari bekalan oksigen dan glukosa.keadaan ini menyebabkan haiwan itu terus pengsan tanpa menderita sakit diikuti dengan penggelupur beberapa saat selepas itu.
2. Haiwan yang disembelih itu menggelupur disebabkan otaknya telah kehilangan oksigen dan bukanya disebabkan sakit. Walau bagaimanapun jantungnya masih terus mengepam darah disebabkan saraf tunjangnya yang mengawal sistem denyutan jantung masih berada dalam keadaan yang elok kerana ia tidak dipotong ketika penyembelihan dilakukan.
3. Darah binatang tersebut perlu dialirkan keluar dari sembelihan. Fakta-fakta saintifik membuktikan setiap penyembelihan yang dilakukan, darah haiwan tersebut perlu dialirkan keluar kerana darah merupakan medium terbaik bagi mikro organisma membiak. Bahagian “spinal cord” (halkum) hendaklah dielakan dari terpotong ketika aktiviti sembelihan dilakukan, kerana ia akan menyekat aliran darah darah dari keluar akibat daripada saluran darah yang terganggu kesan dari jantung haiwan tersebut yang terhenti secara tiba-tiba.
4. Mengikut pendapat Dr. Zakir Naik iaitu seorang doktor dan Pendakwah Islam antarabangsa menyatakan bahawa kaedah penyembelihan islam adalah yang terbaik dan bersih kerana darah yang menjadi punca pembiakan kuman. Bakteria dan toksin yang akan mengakibatkan beberapa penyakit dikeluarkan sejurus selepas proses sembelihan dilakukan. Selain itu daging sembelihan kekal segar dalam jangka masa yang lama.
wallahua'lam
sumber:http://mrk-al-banjari.blogspot.com

No comments:
Post a Comment