shoutbOx

09 December 2011

: Otak Einstein diCuri!! :

Anda kenal dengan Albert Einstein? Einstein merupakan seorang saintis yang mahsyur..kalau budak2 sains tak kenal memang saja je la..di sini nak dikongsikan satu kisah tentang Einstein setelah kematiannya.


Setelah Einstein meninggal dunia, autopsi nya telah dijalankan oleh seorang ahli patologis dari Princeton yang bernama Thomas harvey. Si Harvey ni telah mengambil otak Einstein untuk tujuan ujikaji, kerana ianya adalah satu kemestian semasa autopsi. Meskipun begitu, selepas dijalankan ujikaji, si Harvey ni tidak meletakkan kembali otak Einstein dalam tengkorak si Einstein.


Dengan mempertaruhkan reputasi kerjanya, dia telah membawa pulang otak Einstein dengan meletakkan nya ke dalam sebuah balang berisi formaldehide!

Di sepanjang masa 40 tahun, si Harvey ni telah menghantar cebisan otak Einstein kepada ahli neurosains untuk mereka uji. Setelah selang masa itu, si Harvey telah mengembalikan cebisan otak Einstein yang masih tinggal ke Princeton di mana segalanya bermula..Si harvey ni pernah nak megembalikan otak Einstein in kepada anak perempuan Einstein namun si anak Einstein ni tak nak, jadi dia kembalikan semula ke Princeton Universiti.


Emm..agak2 ape la ye yang dijumpai oleh ahli neurosains setelah melakukan ujikaji ke atas otak Einstein

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...