shoutbOx

07 December 2011

: Meneka Tarikh Lahir :

Di sini ingin saya kongsikan permainan matematik 'meneka tarikh lahir'..boleh la nanti cuba kat kawan2 ye..

Caranya begini..
  1. Minta sahabat kita fikirkan bulan dia dilahirkan..kalau bulan Jan=1,Feb=2 dan seterusnya lah..tapi jangan bagi kita tahu
  2. Minta dia darabkan bulan dia dilahirkan dengan 5
  3. kemudian ditambah 6
  4. Jumlahnya didarabkan pula dengan 4
  5. Kemudian ditambah dengan 9
  6. Jumlahnya didarabkan pula dengan 5
  7. Akhir sekali, jumlahnya itu minta sahabat kita tambahkan dengan tarikh dia dilahirkan...(kalau lahir 12hb,minta dia tambahkan dengan 12.)
Akhirnya,minta dia berikan kita jumlah akhir operasi yang telah sahabat  kita lakukan..tanpa pengetahuan sahabat kita, kita tolakkan 165 (the magic number) dari jumlah yang diberikan oleh kawan kita ..dan nombor yang kita dapat itu merupakan hari dan bulan sahabat kita dilahirkan.

Contohnya:
Katakan jika sahabat kita berikan jumlah akhir selepas operasi di atas ialah 1072..maka 1072-165=907

Maka kita tahu bahawa kawan kita lahir pada 07/9

Selamat Mencuba..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...