shoutbOx

04 December 2011

: Memberi SaLam :

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz Assalamualaikum dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh

Namun begitu masih ramai di antara kita yang menjawab salam dengan tidak tepat.

Cara menjawab salam dengan betul adalah: Waalai kumus salamatau dengan selengkapnya seperti di atas.

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

Kirim salam, assalamualaikum pada Syam ye” dan bukannya, “Kirim salam kat Syam yer

Jangan pula kita nak memandai-mandai tambah perkataan seperti "kirim salam maut" kerana ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Bagi kita yang suka berSMS, gantikan perkataan “A’kum” dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum” kerana perkataan ‘A’kum‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Perkataan A’kum‘ dikatakan singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘hamba2 binatang dan orang sesat‘.(ada juga yang menterjemahkannya sebagai 'worshipper of the stars and constellations' )

wallahua'lam..

p/s:kalau ada salah dan silap minta diperbetulkan..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...