shoutbOx

08 December 2011

: Sayangi Otak Anda :

Otak merupan pusat kawalan utama bagi tubuh badan..walau[un badan sihat tapi andai otak dah tak berfungsi secara normal, tiada ertinya juga kan? Oleh sebab itu, jom kita pakat jaga anugerah Allah ni..Awasi tabiat2 di bawah yang boleh merosakkan otak.

1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makanIa akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. PerokokAsap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’ (AWAS LELAKI, merokok boleh menyebabkan mati pucuk!)


4. Penggunaan gula yang berlebihanPengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udaraOtak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidurTidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Rehat tidak mencukupi
Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasiBerfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan@keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikirJarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...