shoutbOx

04 December 2011

: Derma ku.. :

Kerana sudah berasa insaf, Zul pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada 
Zul. Zul tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Zul menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu.

Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Zul kembali menepuk bahunya dan Zul mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi". Zul hanya terkedu seribu bahasa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...