Solat Qasar
Takrifan:Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
- Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
- Al-Sunnah yang bermaksud;
Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
Syarat Solat Qasar
- Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
- Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer)
- Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
- Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
- Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
Solat Jama'
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur 2 rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
iii.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
iv. Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Wallahua'lam..
Solat Jama’ terbahagi kepada :
- Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
- Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
- Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
- Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
- Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
- Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
- Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
- Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
- Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur 2 rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
iii.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
iv. Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment