shoutbOx

22 November 2011

::sEnang tapi..::

Daripada Abi Umarah al-Bara-i bin ‘Azibin ra katanya “Kita semua diperintah oleh Rasullullah saw supaya melakukan tujuh perkara, iaitu melawat orang sakit, mengiringgi jenazah, mendoakan orang yang bersin dengan ucapan “ يرحمك الله “, menolong orang yang lemah (ketika kesempitan serta memenuhi hajatnya) memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi, memberi salam (kepada semua orang Islam) dan melaksanakan janji dan sumpah”.
(Bukhari dan Muslim)

Pengajaran Hadis
1.Rasullullah saw memerintahkan umatnya supaya melakukan tujuh perkara penting iaitu :
  • Menziarahi orang sakit.
  • Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
  • Mendoakan orang bersin dengan ucapan “يرحمك الله “ sekiranya orang tersebut mengucapkan “alhamdulillah”
  • Memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan memerlukan pertolongan.
  • Memberi pertolongan kepada orang yang kena zalim, sama ada berupa wang, harta benda dan nasihat yang boleh menyenangkan.
  • Memberi salam kepada semua orang mukmin dengan tidak mengira pangkat dan kekayaan.
  • Menunaikan janji dan sumpah kepada orang yang diberi janji.

Tegaknya Islam berlandaskan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasullullah saw yang menjamin keselamatan umatnya di dunia dan di akhirat

p/s:looks easy enuf..but how many of us really do it?wallahua'lam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...