shoutbOx

23 November 2011

: mEnambaH air susu ibu :




Buat ibu dan juga bakal2 ibu..boleh amalkan petua ini untuk menambah air susu ibu..ini hanyalah petua..mana yang serasi dan difikirkan elok bolehlah diamalkan.

Pemakanan

Lobak Putih - Rasanye agak pelik. Ada yang buat sup dan jus. Mana yang boleh
terima tekaklah. masak sup, + telur + soohoon pun boleh, lagi sedap

Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.

Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau
urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/
udang kering.


Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu

Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing

Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah
bersama-sama nasi

Petola, bayam, daun turi - masak lemak manis

Minuman

Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai..

Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu
dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
Halba - rendam dan minum airnya. Bole juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
Soya - minum secawan sehari.
Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.

wallahua'lam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...