Siapa Yang Berisiko?
click to enlarge |
- Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara.
- Sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara. Risiko lebih tinggi bagi ibu, anak, adik atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara. Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda.
- Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.
- Wanita yang mengalami haid lebih awal (sebelum umur mencapai 12 tahun) atau lewat putus haid (selepas umur 55 tahun).
Pengurusan sendiri
Bilakah anda perlu melakukan pemeriksaan sendiri payu dara?
Bagaimana cara melakukannya ?
Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring
Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
AWAS!! Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:
Amalkan Tabiat Baru
Bilakah anda perlu melakukan pemeriksaan sendiri payu dara?
- Sebulan sekali.
- 7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang.
- Jika anda tidak lagi datang haid, lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalendar sebagai peringatan anda.
Bagaimana cara melakukannya ?
- Semasa mandi
- Berdiri di hadapan cermin
click to enlarge |
Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
Berbaring
Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.
AWAS!! Dapatkan nasihat dari doktor jika terdapat:
- Sebarang gumpalan.
- Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul.
- Sebarang perubahan pada tekstur kulit, lekuk, bengkak atau kedutan pada kulit.
- Puting tersorot ke dalam.
- Terasa sakit pada payu dara.
Amalkan Tabiat Baru
- Amalkan pemeriksaan sendiri payu dara seperti yang disyorkan. Ketahuilah tentang payu dara anda sendiri. Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
- Amalkan makanan yang rendah lemak.
- Bersenam secara tekal.
- Kurangkan pengambilan makanan bergaram, makanan disalai dan makanan yang mengandungi nitrit dan nitrat.
- Jika anda berumur 50 tahun ke atas, dapatkan ujian mamogram setiap tahun atau sekurang-kurangnya setiap 2 tahun sekali. Ini penting terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.
- Susukan bayi anda dengan susu badan. Ini akan dapat mengurangkan risiko kanser payu dara terutamanya sebelum putus haid.
No comments:
Post a Comment